Daily Bible Verse

Thursday, March 12, 2009

Wabak Denggi

Kartun Dracula kecil, gambar asal klik di sini.

Dracula kecil hisap darah, ganas kawan ni, nampak je kecil. Gambar asal, klik di sini.

Untuk semua yang menatap laman ini, berhati-hatilah jangai sampai digigit Dracula ni, bahaya dan bahangnya bukan kepalang, boleh menimbulkan sengsara yang amat sangat, sehingga boleh membawa maut. Sempat rakam gambar pekerja-pekerja (mungkin dari Majlis Daerah Sarikei, mungkin juga dari Jabatan Kesihatan ) sedang sembur wap perasa dan pemedis bagi dracula-dracula kecil ni, di sekitar Jalan Tung Yee, Taman Ing Hing, Sarikei ( depan rumah ).


Terima kasih banyak-banyak la kerana berjuang untuk kesihatan semua penghuni di Sarikei. Warga Sarikei sihat tanpa Denggi.
Kalau nak bunuh dracula kecil ni, atau rakan serumpunnya guna je mana-mana kaedah-kaedah berikut:
1. Tamparan sebelah tapak tangan atau kedua-dua tapak tangan, kejam betul, hancur kawan tu.
2. Sembur je dengan Ridsect atau mana-mana jenama yang sesuai, tapi kena ingat, anda juga sama kena sembur, fikir-fikir le.
3. Selamat sikit, sembur dengan air sabun, pasti mati, tak boleh nafas kawan ni, aduh kejam sungguh.
4. Guna reket badminton? kalau tebuan boleh le. Guna je reket nyamuk. Berhati-hati ada kejutan elektrik, jangan sampai kena sendiri atau anak-anak cuna kat jari sendiri. Meletup dan berkilau-kilau macam kena renjatan elektrik, hangus kawan, macam bau BBQ je. Cara guna mudah aje, tolak, picit dan hayun je. Kaedah ni nampak lagi kejam le. Fikir sebelum buat.

Harga tak mahal, RM 15 je.

5. Macam mana kalau jangan guna kaedah 1 hingga 4 di atas. Bersihkan kawasan sekeliling rumah, selalu guna baju berlengan panjang, berseluar panjang. Tidur guna kelambu. Banyak cara lagi. Kalau ada kaedah yang sesuai boleh kongsikan bersama.

Beberapa pautan penting mengenai denggi.
Dengue Fever and Facts
Dengue Fever - The dengue mosquito
Cara menangani Dengue - Fabio unsoed 93


Seram-seram sejuk tengok binatang ni, khusyuk betul kawan seekor ni, macam tengok filem Dracula.
Sumber asal gambar, klik di sini.


Tahun Baru Cina 2009

Macam biasa je, sambut Perayaan Tahun Baru Cina. Tak ada bakar mercun atau hias besar-besaran. Cuma bersihkan dan kemaskan rumah dan halaman luar. Hari sebelum tahun baru, balik ke Julau, sempatlah rakam beberapa gambar keadaan pasar Julau selepas ditinggalkan Banjir Mini. Lewat petang hari pertama balik semula ke rumah. Ada tetamu datang melawat. Tua dan muda, boleh tahanlah bilangan yang datang melawat. Bagi rakan-rakan sejawat, mohon maaf dari bumi hingga ke langit, kerana tak jemput ke rumah ( takde alasan ), kalau nak bagi juga alasan, Bajet Mini le. Alamak, mini lagi!. Apa boleh buat, maklumlah sejak kebelakangan ni, lepas semua yang naik tu, nampaknya tak banyak yang mahu turun! Yang turun minyak kereta le, tu pun turun sikit-sikit, masih mahal dari dulu. Tahun depan kalau ekonomi ada lonjakan pasti jemput punya.

Air Sungai Julau hampir sampai ke sisi jalan


Rakan-rakan Amos


Anak-anak muda dari Julau


Pelajar T5(2008) SMK Tinggi Sarikei


Rakan-rakan Samson


Pelajar 5A(2009) SMK Tinggi Sarikei


Pelajar T5(2008) SMK Tinggi Sarikei