Friday, November 7, 2008

23 October 2008 Kakak melawat kami sekeluarga

Pada 23 Oktober 2008, kakak saya, Ng Mei Mei bersama dengan anak sulong beliau dan keluarga telah melawat kami sekeluarga. Mereka sempat dibawa bersiar-siar di sekitar bandar Sarikei, Sebangkoi dan pekan kecil Jakar pada 24 Oktober 2008. Kali pertama melawat Sarawak Bumi Kenyalang, saya sempat memperkenalkan buah "Dabai" kepada kakak saya. Menurut beliau di Semenanjung tiada buah Dabai. Selain dari itu beliau juga mencuba buah durian liar Sarawak. Pada 25 Oktober 2008, kami sempat melawat pekan Julau. Secara kebetulan pada hari berkenaan Regata Julau berlangsung. Terdapat juga pelbagai pameran diadakan. Pada lewat petangnya kami balik ke Sarikei. Dalam perjalanan balik sempatlah mereka melihat beberapa buah rumah panjang di tepian jalan. Seterusnya mereka berangkat ke Sibu untuk bermalam dan melawat beberapa kawasan menarik di sekitar Sibu pada 26 Oktober 2008. Mereka bertolak balik ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Kuantan, Pahang pada 27 oktober 2008.
Gambar kenangan di rumah Grand Ma

Gambar kenangan di rumah

Gambar kenangan di rumah Jooh Hing

Miew Kee dengan Keluarga melawat Sebangkoi

Gambar kenangan di kedai Ah Sien