Di bawah adalah gambar-gambar kenangan bersama anak-anak murid saya dari kelas 5B yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan. Syabas cikgu ucapkan kepada anda semua kerana telah berjaya mengharungi tempoh dua tahun menyediakan diri menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba nanti. Berdiri teguhlah semangat anda, mantapkan keyakinan anda dan berdoalah selalu kepada Tuhan yang Maha Esa, agar usaha dan penat lelah kamu selama ini dimakbulkan dengan kejayaan yang cemerlang. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Jangan biarkan diri kamu dinodai kelalaian dan kealpaan, atau termakan umpan dugaan yang menanti mangsa dan bisikan-bisikan kelemahan yang membutakan hati. Cikgu doakan agar kamu semua berjaya mengharungi peperiksaan SPM dengan penuh kesabaran dan ketabahan dengan hasil keputusan yang cemerlang, dengan izin Tuhan. Berjuang dan terus berjuang ...