Saturday, December 20, 2008
Pantai Timur Semenanjung
17 - 19 December 2008, kami sekeluarga bercuti di Kuantan, Pahang. Sempat melawat beberapa tempat seperti Pantai Teluk Cempedak (Kuantan, Pahang), Sg. Lembing (Sebuah pekan kecil bersejarah, lebihkurang 40km dari Kuantan) dan beberapa pantai berhampiran dengan Bandar Kemaman di Terengganu.
Pemandangan dari jambatan gantung, Kolong Pahat, Sg. Lembing.
Muzium Sg. Lembing.
Samson dan Amos dengan Pakcik mereka
Dalam perjalanan balik dari Kemaman, Terengganu, berhenti untuk beli pulut lemang, otak-otak dan lekor.
Pasar Ikan di Beserah, ikan fresh dari tangkapan nelayan di pasarkan terus di sini.
Sunday, December 14, 2008
Epal Cameron Highland


Pernah tengok dan rasa buahnya? Ini adalah pokok buah epal dari Cameron Highland, begitulah yang diperakui oleh kedai yang menjualnya. Rasa buah epal ini macam tembikai madu (honey dew) tapi lebih lembut, enak dan manis. Bijinya lebih kecil daripada biji tomato. Saiz buah, panjangnya boleh mencapai antara 10 dan 13 cm. Bunganya berwarna putih. Buah yang baru jadi, berwarna kehijauan, tak boleh disentuh, sensitif dan mudah jatuh. Bila dah masak, warna bertukar menjadi kekuningan.
Friday, December 12, 2008
Cameron Highland, Kami Datang Lagi!

8 Januari 2008, lebih kurang jam 1130 pagi kami tiba di Cameron Bharat Tea Plantation. Perjalanan kami bermula dari Tanjong Malim melalui Lebuhraya dan kemudian melencong masuk ke Jalan Pahang, Tapah, Perak. Perjalanan dari Jalan Pahang ke Cameron Bharat Tea Plantation mengambil masa lebih kurang 45 minit melalui jalan yang penuh berselekoh dan curam. Tidak kurang daripada 2o tempat mengalami tanah runtuh, agak merbahaya.
Bharat Plantation (Tea Farm)
Healthy Strawberry Farm
Kasimanis Strawberry Farm
Tanaman Strawberry
Uncle Sam Farm
Dunia ni kecil sungguh. Sudah takdir, jumpa rakan guru semasa mengajar di Julau dulu, Cikgu Ibrahim dan sekeluarga, di Brinchang, Cameron Highland. Saya sekeluarga berdoa semoga cikgu dan kaum keluarga, semuanya sihat senantiasa dan ada keberkatan selalu.
Gambar kenangan bersama Cikgu Ibrahim dan Keluarga
Kg. Raja, Cameron Highland
Pemandangan balik melalui jalan Pulai-Ipoh
Saturday, December 6, 2008
Percutian 2008 - Cheras dan Kuala Lumpur
Kami sekeluarga balik bercuti ke Cheras, Kuala Lumpur pada 25 Nov 2008.

Pemandangan dari tetingkap kapal terbang. Pulau apa ni? Saya pun kurang jelas.

Bersarapan pagi, pada 26.11.2008, di warung pagi Abang ke-2 ( Ng Meng Teo, bertopi puteh. ) di Kepong.






Subscribe to:
Posts (Atom)